Tuesday, April 6, 2010

Resipi membuat mask muka untuk kulit kering (homemade)



  • Lenyek 1/4 pisang yang sudah masak di dalam sebuah mangkuk

  • Masukkan setengah cawan yoghurt (yang plain ler jgn lak ada perasa)

  • 1 sudu besar madu

  • campur semua bahan dan kacau sampai jadi pes. Sapukan di muka dan leher dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air suam. InsyaAllah muka anda akan jadi halus dan lembut berseri.. Cuba ler...


Salam perkenalan

Salam perkenalan..
Aku sendiri tak tahu macamana aku nak mulakan blog ni.. Apapun I have to start somewhere.. Aku sebenarnya dah penat.. penat sangat.. dari muda zaman belajar sampai le kebaru-baru ini.. aku asyik tak sihat je.. macam2 jenis penyakit le doktor cakap.. berubat sana sini.. but recently aku pergi berubat.. alhamdulillah sekarang dah sihat.. Allah nak menduga hambaNya.. Dengan bermacam-macam cara. Apa pun aku bersyukur kerana diberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan hidup.. Doa dan semangat keluarga dan rakan-rakan banyak membantu..
Tapi untuk bangun semula dan meneruskan hidup kena ada kekuatan.. Itu dari segi mental.. dari segi fizikal aku juga kena jaga makan minum.. kena makan makanan tambahan untuk menambahkan tenaga yang dah banyak hilang juga antibodi yang dah semakin lemah.. Macam-macam yang aku cuba.. Dari yang mahal-mahal sampai la yang murah-murah.. Dari melayu, cina, india, mat saleh australia.. mat saleh perancis.. apa juga petua dan ubat-ubatan yang aku arasa sesuai aku cuba.. hingga ke hari ini ingin aku berkongsi dengan sahabat semua tentang ubat-ubatan yang aku rasakan sesuai dan terbaik bagiku.. Harap-harap dengan perkongsian ini akan mendapat manfaat bagiku juga bagi kawan-kawan semua... jom kita explore sama-sama ya.. Kat blog ni .. aku suka berkomunikasi dgn lebih bersantai.. so harap diterima.. kadang-kadang aku ckp melayu.. kalau terkeluor ckp perak tu terima je le.. dah aku org perak... nak lari ke mana pun.. agak2 tension sikit aku keluor le ckp french atau omputih.. bkn nak berlagak.. ni blog meluahkan apa yg terpendam yg tersurat dan tersirat.... allez!!